Telur di hujung tanduk.

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam 1 Malaysia.

Perpaduan Melayu bagai telur di hujung tanduk – Raja Nazrin

Image

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Perpaduan Melayu kini bagaikan ‘telur di hujung tanduk’ akibat persaingan kabilah politik dalam kalangan mereka yang kini tidak lagi menghiraukan tindak-tanduk masing-masing.

Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, kegiatan politik orang Melayu yang terlalu tertumpu kepada matlamat jangka pendek untuk memperoleh kuasa juga cukup membimbangkan.

Orang Melayu kini, titah baginda, semakin taksub menumpukan kesetiaan berdasarkan slogan, lambang dan simbol kabilah masing-masing hingga alpa kepada agenda yang lebih besar serta kelangsungan kaum untuk jangka panjang.

Malah, titah baginda, persaingan politik telah menghalalkan cara sehingga merentasi etika Islam dan melanggar tata kesopanan budaya.

“Jika ada suara menuntut untuk dipertahankan kedudukan kaum tertentu, suara tersebut dimomokkan sebagai rasis, dianggap merugikan strategi perjuangan dan disifatkan sebagai menyinggung perasaan kaum lain.

“Akibatnya, sedikit demi sedikit hak, maruah dan martabat bangsa telah terhakis,” titah baginda dalam majlis Wacana Perpaduan Ummah Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini hari ini. – UTUSAN

p/s : Tak perlu kepada penjelasan lagi kerana sudah jelas.

Advertisements
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s