PERKASA PERLEMBAGAAN PELIHARA HAK SEMUA.

بسم الله الرحمن الرحيم

Orang Melayu perlu berjihad bagi memperkasakan Perlembagaan bagi memastikan hak istimewa mereka sentiasa terpelihara, kata Imagebekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nor Abdullah.

Beliau berkata, orang Melayu perlu sedar isu penting seperti perlantikan Perdana Menteri bergantung kepada suara majority di Dewan Rakyat meskipoun dengan kelebihan satu undi.

Sehubungan itu katanya, mereka perlu celik dan memahami Perlembagaan terutama Artikel 153 yang menyentuh kedudukan Islam, Raja –Raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu dalam bidang sosial, ekonomi dan perniagaan.

“ Perlembagaan kalau difahami semua masyarakat, ia akan memberi kebaikan kepada Negara. Orang Melayu, Cina dan India tahu hak masing –masing , maka kita saling menghormati. Soalnya Orang Melayu sendiri tidak tahu hak. Kenapa mereka mahu mendengar cakap orang politik…dengarlah cakap pakar dalam bidang ini,” katanya. Beliau berkata demikian selepas menjadi panel Wacana Post Mortem Pilihan Raya ke 13 (PRU-13): Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan Persatuan Alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM), di sini semalam.

ImagePresiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Datuk Dr Kamaruddin Kachar bertindak sebagai moderator. Panel lain terdiri daripada Imagebekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad dan Imagebekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

Terdahulu, Mohd Noor dalam ucapannya berkata , kumpulan yang menentang cadangan sekolah satu aliran yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar adalah mereka yang menentang perpaduan. Beliau berkata, system sedia ada yang membenarkan sekolah vernacular hanya menyebabkan rakyat berpecah belah apabila usha menyemai perpaduan tidak dapat dilakukan pada peringkat awal kanak- kanak.
“Di sana (sekolah satu aliran), mereka diajar di bilik darjah sama, makan di satu kantin dan bermain di satu gelanggang. Barulah kita boleh terapkan perpaduan,” katanya.

Mengulas berhubungan kedudukan sekolah venakular, Mohd Noor berkata, semua pihak perlu sedar bahawa Perlembagaan menyatakan bahawa hanya ada satu sekolah satu aliran di Negara ini. Beliau berkata, mengikut undang –undang, tiada peruntukan daripada dana negeri atau Negara untuk disalurkan kepada sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil.
“Jika ada pihak tidak berpuas hati, sila dapatkan perintah mahkamah untuk mencabar bahawa kewujudan sekolah venakular adalah tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan,” katanya.

Petikan dari Harian Metro 13.o5.2013.

Advertisements
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s