HIBURAN TANPA KAWALAN ROSAKKAN PEMBINAAN BANGSA GEMILANG

بسم الله الرحمن الرحيم

Image

Satu renungan yang sangat perlu diambil pengajarannya :

Imam Hasan al-Basri bertemu dengan pemuda yang sedang tertawa, lalu ditanya: “Hai anak, apakah engkau sudah menyeberang as-Sirat[الِّصَراط]?” Jawabnya: “Belum.” “Apakah engkau pasti engkau akan masuk syurga atau neraka?” Jawabnya: “Belum.” “Lalu kerana apa engkau tertawa sedemikian itu?” Maka sejak itu pemuda itu tidak tertawa lagi.

Nasihat Imam Hasan al-Basri meresap benar dalam hatinya sehingga ia bertaubat daripada tertawaan. Demikianlah nasihat dari ulama yang mengamalkan benar ilmunya, sangat berguna ilmunya dan berkesan nasihat-nasihatnya, adapun ulama-ulama sekarang kerana mereka sendiri tidak menjalankan ilmunya maka ajarannya kurang berkesan.

Ibn Abbas berkata: “Siapa yang tertawa ketika berbuat dosa maka ia akan menangis ketika akan masuk neraka.” Orang yang lebih banyak ketawa di dunia merekalah yang lebih banyak menangis di akhirat, dan orang yang banyak menangis di dunia merekalah yang banyak tertawa di akhirat.

“KAJI PROGRAM HIBURAN LALAIKAN ORANG MELAYU.”

Veteran UMNO mendesak supaya penganjur program hiburan mengkaji supaya penganjur program hiburan mengkaji semula segala bentuk aktiviti yang dianggap melalaikan masyarakat Melayu hari ini.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, program seperti itu menggalakkan golongan muda bercampur bebas tanpa had dan sekatan, sekaligus melibatkan soal moral dan anasir-anasir lain yang boleh menghancurkan pembinaan sahsiah generasi muda muslim.

“Sebelum terlambat, semua pihak bertanggungjawab seperti televisyen, media cetak, Kementerian Komunikasi Dan Multimedia serta Majlis Agama Islam perlu mengadakan satu perbincangan bagi mencari jalan terbaik membaiki keadaan ini.

“Secara jujur, veteran UMNO melihat fenomena suka berhibur dikalangan anak Melayu ini amat membimbangkan dan menjadi punca kepada hilangnya jati diri. Hal ini kerana mereka mudah terdedah kepada bentuk hiburan yang tidak terkawal dan melampau,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Tambah Mustapha, kebanyakan penonton dan peminat program hiburan masa kini terdiri daripada golongan muda Melayu dan secara tidak langsung menunjukkan mereka suka berhibur dengan cara murah dan percuma.

(Petikan dari Utusan Malaysia 28.05.2013)

ULASAN :

Admin amat bersetuju dengan pendapat di atas. Sudah sampai masanya pembinaan bangsa melayu ini dijauhi dari unsur yang mampu menghalang pembinaan bangsa yang gemilang. Pada masa kini bukan golongan muda sahaja yang menjadi sasaran tetapi juga golongan veteran. Yang muda dimomokkan dengan program seperti berikut; Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Mentor, Bintang Mencari Bintang dan pelbagai program lain.

Manakala golongan veteran pula diserang dengan program seperti Kilauan Emas 1, tidak cukup lagi diteruskan dengan kesinambungan program tersebut iaitu Kilaun Emas 2. Jika ini berlaku, maka janganlah salahkan generasi pada masa hadapan, seandaianya generasi Melayu Y adalah golongan yang tidak berpendidikan dan tidak beradab.

Jangan pula pepatah melayu “Ibarat Ketam mengajar anak berjalan lurus” terkena ke batang hidung sendiri. Di sini juga Admin mengakui bahawa program pendidikan PAS adalah relevan untuk digunapakai, yang terdiri dari program usrah, tarbiyyah dan pengisian rohani.

Yang baik dijadikan pengajaran….Yang buruk dijadikan sempadan…

[ Kredit untuk http://www.terangbulan.net/archives/3824#more-3824 ]

 

Advertisements
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s